Blogger news

Pages

Thursday 4 February 2016

Kumpulan TEKA TEKI lucu



KOLEKSI TEKA TEKI
. “Kenapa lelaki perlu beristeri tiga… .”
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI… ..

Soalan: binatang apa yang ada kaki tetapi malas berjalan?
Jawapan : katak…ada kaki tapi melompat…

Soalan: Ikan apakah yg tidak mempunyai kepala,ekor,sisik,ingsang,dan sebagainya???
Jawapan : Bebola ikan

Soalan: macam mana nak lembut kan lembu???
Jawapan : hujung perkataan lembut tu tambahlah huruf T jadilah lembut..hehe..

Soalan: antara negara china dan bulan,mane yg lebih jauh?
Jawapan : negara chinalah jauh,sbb bulan kite tengok langik je dah nampak bulan,kau nak tengok china pegi tempah tiket kapal terbang…….haa……

Soalan: Ali bin Abu, kambing bin???
Jawapan : Binatang lar…

Soalan: banyak2 cecair,cecair ape yang bile dipanaskan dia beku???
Jawapan : telur la!!!!wakakaka

Soalan: bila kita tidur dia bangun bila kita bangun dia tidur
Jawapan : tapak kaki

Soalan: dalam banyak banyak singa.singa apa tidak makan orang
Jawapan : singapura

Soalan: dlm nenas ada ape??
Jawapan : spongebob!!

Soalan: kalau gajah lalu titi,titi tu patah.lepas tu kambing pulak yang lalu.apa pulak yang patah
Jawapan : patah balik la

Soalan: dalam banyak2 kotak,kotak apa x leh angkat…
Jawapan : kotak penalti

Soalan: benda apa yg slalu kita makan akn habis,klu kita xmkn pn akn habis??
Jawapan : ais

Soalan: dalam banyak2 rumput,rumput apa lembu n kambing xmakan??
Jawapan : mesin rumput

Soalan: dalam banyak 2 syarikat,syarikat ape paling besar?
Jawapan: amerika syarikat

Soalan: kenapa nobita dan doraemon takut datang ke malaysia?
Jawapan: sebab ada Giant..

Soalan: Buaya naik bas… Manusia naik apa..?????
Jawapan : naik hairan la…ark ark ark

Soalan: ape bnde luar askar,dlm bombe
Jawapan : buah tembikai

Soalan: dalam banyak -banyak kuih,kuih ape takleh makan kat tengahnya?
Jawapan: kuih tak menjadi..

Soalan: negara apa yang banjir baru hujan
Jawapan : bahrain

Soalan: kapal terbang masuk gua keluar kat mane??????
Jawapan : keluar kat suratkhabar la.

Soalan: ada tangan, ada kaki, ada leher, ada badan, tapi x ada kepala.. apa dia?
Jawapan : baju

Soalan: klau kambing jdi ayam,lembu jdi ayam,cicak jdi ayam,ayam jadi ape????
Jawapan : jdi banyak ar………..

Soalan: kalau gajah terjun katil tapi tak pecah pun,tapi ade satu yg pecah,ape yang pecah….heheheheh
Jawapan : pecah rekod ar.huhuhuh

Soalan: kalau kapal terbang tenggelam,apa yg timbul?
Jawapan: timbul masalah..

Soalan: Kereta ape yang pakai topi?
Jawapan : Teksi

Soalan: macam mane kalau kite nak berhentikan air terjun???
Jawapan : ambil gambar…berhentilah die

Soalan: bila kita jalan,dia jalan.bila kita berhenti,dia tetap jalan.tetapi,bila dia yang berhenti,kita akan mati.
Jawapan : jantung/degupan jantung

Soalan: dlm bnyk2 kenderaan,kenderaan apa yg ada seorang penumpang,rmai pmandu?
Jawapan : org yg bwk kranda

Soalan: pekerjaan ape yg org suke??
Jawapan : pembuat roti canai sebab lepas buat roti canai mesti dia tepuk tangan